♥ manusia
dahulu terasa hendak
tak ingin lupakan
bermesraan slalu jadi
suatu kenangan manis...

sedap betul bila lagu tue berkumandang
dicorong² speaker komputer aku..
terasa plak diri nie bodoh..

aku kekadang jeerak dgn orang yang hipokrit
lupa pada diri sendiri
mengutuk orang tetapi tak dapat terima
apa yang dia kutuk tue semua ada pada dia.

tak faham
why???
ntah la...aku rasa dia mungkin memikirkan
bahawa dirinya sahaja yang begitu sempurna
hingga membuatkan dirinya tidak mahu mengaku
bersalah kepada sesiapa
dan beranggapan bahawa dirinya begitu mulia..
padahal ntah apa-apa

dunia oh dunia
mANUsia abad nie makin kejam
kejam kerana sifat tamak
hingga lupa bahawa bumi nie semakin uzur
semakin tua...
lupa akan kenikmatan yang diberikan tuhan
itu hanyalah sementara dan bukan kekal selamanya..

terlalu jauh aku merantau
berbekalkan sedikit ilmu yang diberikan kepada guru
dengan iringan doa ayah dan bonda.
semakin banyak pengalaman ku untuk melihat dunia..

aku semakin tidak faham dengan sikap manusia
ada yang katanya mahu berubah
tetapi...bila diteliti dengan baik
tiada sebarang perubahan

bibir ini tidak henti-henti
mendoakan kebahagiaan dan kemuliaan
agar perjalanan hidup diberkati..
ku cuba untuk mengubahkan diri ini...
dengan kekuatan iman dan doa yang tidak pernah
putus...

aku inginkan kebahagian..
walaupun kekadang aku terleka dan terlena
dalam kegelapan ...
aku tidak tahu bagaimana
ramai yang inginkan kemuliaan pada diri
walaupun dia tahu dia tidak layak
disanjung...

aku mengharapkan perubahan
aku inginkan kebahagian dan bukan penderitaan
aku betul-betul tidak faham
kenapa sesetengah perkara difikirkan enteng
dan ambil mudah...

apa guna duduk disebuah rumah yang mewah
tetapi dalamnya penuh sampah
apa gunanya muka yang cantik
tetapi hati yang busuk...

perjalanan aku masih jauh
masih panjang...dan belum ada kesempatan pulang.
aku akur dengan kerjaya ku
aku akur dengan tugas ku...
biarlah....

hanya tuhan sahaja yang tahu
yang selalu mendengar rintihan hati ini
walaupun hati ku seringkali diguris
dengan bibir-bibir yang manis
aku tetap bersabar...
dan terus bersabar...
insyaAllah.