♥ hatiku dilukai
sya amat bosan dgn hidup ini
ramai btl manusia hidup btopengkan syaitan
tak kira la yang kenal atau pun tidak
ada yang berpura-pura meminta simpati
ada yang berhutang tak reti nak bayar
ada yang menipu selalu untuk hidup

sampai bila la mereka ini mau insaf
aku pun tak tau
perlukah kita menipu dalam hidup???
hidup dalam kepura-puraan???
sya sendiri nda tau sudah
apa yang perlu sya buat utk menyedarkan
orang orang begini

ada yang berlakon macam baik depan khalayak ramai
meminta diri dibelas kasihan
kononnya dikenakan orang la apa la
padahal diri sendiri pun tak berapa nak betol..!!!
bosan sangat nak hidup
lebih baik tak payah hidup lagi
kalau hidup tak habis-habis menyusahkan orang
tak habis-habis memecah belahkan orang

sampai bila macam nie???
tetapi bila difikirkan kenapa tuhan menjadikan
manusia bersikap begini???
mesti ada hikmah disebalik kejadian
takkan la tuhan masih membebaskan syaitan
untuk memperalatkan manusia
ini untuk mendapat tahu yang mana satu umat NYA
yang betul betul beriman dengannya



♥ kenapa ikan takde lidah
Salam..Semuga kita berkata perkara2 yg baik dan jagalah lidah dari mengata org,Lebih2 lagi hal yg kita tidak tau kesahihan kebenarannya..Kenapa Allah menghilangkan lidah ikan?Nak dengar satu cerita tak? Kenapa Allah menghilangkan lidah ikan?Rasululllah s.a.w bersabda: " sejahat-jahat manusia pada hari kiamatnantiialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia makadi hari kiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah darilidah api neraka jahannam".Sabda Rasulullah s.a.w lagi: "tidak akan masuk syurga orang yang sukamembesar-besarkan cerita". Pabila ditanya apa hikmahnya, Baginda s.a.wmenjawab: "sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan semua makhluk itu mempunyailidah, sama adayang boleh berkata-kata ataupun yang tidak boleh berkata-kata. "Salah seorang sahabat pun bertanya, "kenapa ikan tidak mempunyai lidah?"Sabda Rasulullah s.a.w: " Setelah Allah selesai men ciptakan Adam a.s.maka diperintahkan sekelian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semuamalaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud,maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elokitu lalu dihantar iblis itu ke bumi. Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut. Pertamasekali yang dijumpai oleh iblis ialah ikan.Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepadaikan, katanya, "sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuhbinatang-binatang yang ada di lautan dan juga di daratan". Apabila ikanmendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lainberita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah laludihilangkannya lidah ikanagar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.Oleh itu, marilah kita "jaga" lidah kita supaya tidak hilang sepertilidah ikan. Berkatalah yang baik, kerana kata-kata yang baik itu adalah sedekah



♥ asal usul solat
SUBUH:Orang yang pertama men gerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah men jelma.ZOHOR:Orang yang pertama men gerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar men yembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.ASAR:Orang yang pertama men gerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.MAGHRIB:Orang yang pertama men gerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:Rakaat pertama:- Untuk men afikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.Rakaat kedua:- Untuk men afikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.ISYAK:Orang yang pertama men gerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat men cari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu men ghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

Terbitkan makna dalam kita men gerjakan solat
semoga dengan memahami bacaan
akan membuat kita lebih khusuk dalam solat. Allah Maha Besar
(Takbiratulihram)
Doa Iftitah Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang men cipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. Al-Fatihah Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha men gasihani. Yang men guasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat. Bacaan ketika rukuk Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah men dengar pujian orang yang memujinya. Bacaan ketika iktidal Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika duduk di antara dua sujud Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku. Bacaan ketika Tahiyat Awal Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad. Bacaan ketika Tahiyat Akhir Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Doa Qunut Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang men etapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa men etapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. "Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu.... kami lah hamba yang men gharap belas darimu ."ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah men inggal dunia"



AKAN KU SAMPAI KAN WALAU SEBARIS AYAT



♥ Khas untuk AgUs
Rahsia Tahi Lalat
TANDA
FIRASAT TAHI LALAT
bibir atas kanan-banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri-ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan-disegani orang, ramai yg suka
bibir bawah kiri-pandai bicara, tak mudah kalah
leher kanan-cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri-cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
leher di tengah-tercapai cita-cita
biji mata kanan-suka serong dan pembohong
biji mata kiri-pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan-baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri-baik budi, murah rezeki
punggung kanan-agak mengalami kesulitan
punggung kiri-malas dan suka duduk
betis kanan-suka berhibur, boros
betis kiri-rajin,tidak suka menganggur
lutut kanan-bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
lutut kiri-kurang kuat berusaha
kepala sebelah kanan-terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri-sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang-jujur, sabar dan tekun
kening kanan-cerdas dan cekap
kening kiri-cerdas, sopan santun
tengah kening-keras hati, berani segala hal
hujung mulut kanan-kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri-suka berpoya-poya
ketiak kanan-dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri-jujur, banyak yang cinta
pergelangan kaki kanan-suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri-kehendak kuat
batang hidung-banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
pada hidung-banyak rezeki
dagu bawah kanan-jujur dan baik hati
dagu bawah kiri-bijak sana dan berbudi luhur
kemaluan kanan atau kiri-baik, suka senggama
di kepala kemaluan (lelaki)-bakal beristeri 2
tumit kanan-jujur dan banyak kawan
tumit kiri-baik budi
alis kanan-suka menolong, baik hati
alis kiri-ramai yang suka
pangkal peha kanan-kemahuan kuat
pangkal peha kiri-suka kerja apa pun
telapak kaki kanan-tak mudah mengeluh
jari kaki kanan-suka menolong
jari kaki kiri-berbudi, suka berbuat baik
bahu kanan-cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
bahu kiri-suka kerja keras, banyak tanggungjawab
buah dada kanan-baik hati, pendiam,simpan rahsia
buah dada kiri-ramai kawan, setia pada pasangan
lengan kanan-setia dan taat pada atasan
lengan kiri-menepati janji dan rajin
pipi kanan-ramai teman
tengah-tengah pipi kanan-ramai yg suka
tengah-tengah pipi kiri-ramai teman
ubun-ubun-kurang jujur
pusat-cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan-sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri-beroleh kemuliaan
pinggang kanan-sayang pada pasangan hidup
pinggang kiri-disayang pasangan hidup
dada kanan-dapat mengatasi masalah
dada kiri-berani, jujur dan sabar
telapak kaki kanan-tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri-baik budi pekertinya
siku tangan kanan-kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri-baik hati, suka menolong
jari tangan kanan-serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri-serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan-banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri-banyak rezeki dan cermat
pergelangan tangan kanan-boros, suka bersukaria
pergelangan tangan kiri-dapat berpangkat
perut bawah kanan-banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri-baik hati, tenang hidupnya
sudut mata kanan dalam-disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam-tidak mudah dilupakan pasangan
sudut mata kanan luar-baik budi, ramai yg cinta
pelipis kiri-murah rezeki, dpt jadi kaya
pelipis kanan-serba berhasil dalam usaha
kelopak mata kanan atas-baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas-baik budi, ramai yg suka
kelopak mata kanan bawah-agak malas
kelopak mata kiri bawah-agak bodoh, kurang bijaksana



♥ FAKTA KELEBIHAN AIS
· Air Sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

· Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

· Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

· Liputan ais di Antartika (daerah kutub Selatan) dan Artik (daerah kutub utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

· Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

· Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

· Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

· Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

· Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

· Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi sawan.

· Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

· Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

· Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.



♥ Renungan bersama
Assalamualaikum wahai Tuan puan yang di rahmati Allah.
Ambil lah iktibar. Jangan tinggal pun sebarang ayat.
Pesan Roh Kepada Manusia
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya..Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku". Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka.. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku". Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari. Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.." Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W..T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:- 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka. 5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat." Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:- 1. Orang-orang yang mati syahid. 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama. Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita.



♥ renungan
Berapa kali malaikat maut ziarah kita?


Untuk Renungan Kita Bersama....


Sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a..bahawasanya...


Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud, " Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari."



ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa. Maka berkata Izrail: " Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa"


Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.



Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya dengan malaikat maut.


1 hari=24 jam=1440 minit


1440 minit/70 kali malaikat menjenguk kita

=20.571 minit


INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT


RENUNG2KAN LAH....



WALLAHUALLAM...