♥ kenapa ikan takde lidah
Salam..Semuga kita berkata perkara2 yg baik dan jagalah lidah dari mengata org,Lebih2 lagi hal yg kita tidak tau kesahihan kebenarannya..Kenapa Allah menghilangkan lidah ikan?Nak dengar satu cerita tak? Kenapa Allah menghilangkan lidah ikan?Rasululllah s.a.w bersabda: " sejahat-jahat manusia pada hari kiamatnantiialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia makadi hari kiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah darilidah api neraka jahannam".Sabda Rasulullah s.a.w lagi: "tidak akan masuk syurga orang yang sukamembesar-besarkan cerita". Pabila ditanya apa hikmahnya, Baginda s.a.wmenjawab: "sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan semua makhluk itu mempunyailidah, sama adayang boleh berkata-kata ataupun yang tidak boleh berkata-kata. "Salah seorang sahabat pun bertanya, "kenapa ikan tidak mempunyai lidah?"Sabda Rasulullah s.a.w: " Setelah Allah selesai men ciptakan Adam a.s.maka diperintahkan sekelian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semuamalaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud,maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elokitu lalu dihantar iblis itu ke bumi. Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut. Pertamasekali yang dijumpai oleh iblis ialah ikan.Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepadaikan, katanya, "sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuhbinatang-binatang yang ada di lautan dan juga di daratan". Apabila ikanmendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lainberita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah laludihilangkannya lidah ikanagar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.Oleh itu, marilah kita "jaga" lidah kita supaya tidak hilang sepertilidah ikan. Berkatalah yang baik, kerana kata-kata yang baik itu adalah sedekah