hari ini dalam sejarah.
semalam penat menunggu panggilan telefon
dari pengadu yang tak pandai muncul.
bosan gile dah nie..

tiba-tiba je kakak aku suruh call blk
pastu borak hal family....
tak lama dia bagi balik msg
nk no fon yanie..hmmm

penat nyer....aku balik awal hari nie
bosan plak lepak kat opis
tapi takde hasil
bosan gilew...

makan lepas tu tido..
makan pastu tido balik...
makan lagi tido
makan lagi lagi tido...
mcm berepisod plak

esok pagi-pagi dah nak keja
malam pun nak g keja gak
ades lemau aku
balik jam 0630 hrs...

keja jam 0800-1600 hrs
ades lagi melemaukan keadaan
nak msg mama pun tak larat
duduk opis pun tak tau nak buat apa
duduk saje la jawabnya...
bosan bosan ddk opis g la
mengomblok dulu...tp takde idea nak cakap apa
ades...

dapat tau acap dah dapat anak perempuan
cun ke anak dia ...
mesti la kan she macam mak arab
acap plak ensem macam pakistan jual karpet tue
hmmm mcm tak percya plak acap dah bergelak
bapak....

makin bz la member aku sorang tue
masa zaman bujang kami sama-sama
dulu men snooker sampai pagi
dari start pakai moto sampai berkereta
pastu temankan dia gi cabut gg sama²
g temankan naik keta
g temankan men counter strike
banyak la...

rasa macam peristiwa tu baru je jadi semalam
masa bergerak begitu cepat
keadaan pun berubah..
dari masa ke semasa

agus pun sama..
sama-sama berjalan sana sini
men snooker sesama..
heng sana heng sini..
skang dah bergelar suami orang
hmm bestnye dia...
dari keta alonso
sampai tukar keta evo
p/s sesiapa nek ngan agus mengucap dulu ooo..

tawil....
sesame kami berniaga perfume
walaupun kejap
tapi kira boley la tue...
ada gak keuntungan
syok gak....ada je idea
nak g memana
menyanyi pun sore sedap
berjalan kat nz la sec 2
sampai pagi
mcm takde rumah
men snooker
dulu aku la king :))
tp skang dia plak titik sifu :-w
hampehnye anak murid...
skang di nie pun dah bergelar suami

hope sape kwn² yang dah bergelar suami
jgn dok mengamput betina len plak
ubah-ubah la perangai tue kasi molek sket
hahahha macam la aku bagus sgt...
kurang-kurang la lepak yg membuangkan masa tue
tp nnt aku balik sana baru kt buat perangai lama
lepak sampai pagi =))
tinggal la kejap bini ko tue :))
org jauh datang beb:P

lupe plak aku pasal ponyet
dia nie pun sama
bile ntah nak kawen
tak lama lagi agaknya
keja kuat mamat nie
walau pun aukk sket
tapi bagus dengan kawan-kawan
tak kedekut baik hati peramah
suka kacau perempuan.. hensem boy
macho man dan macam-macam lagi
p/s gab sponser duit kawen utk aku sket ekkk :P

kami berkaraoke sesama
pergi sana sini sesama
berenang kat sungai
buli wan ed sesama
dan semuanya
hmm tp mamat nie blum kawen lagi la
lama betul aku tak join dengan kawan-kawan ku
kegilaan kami menjadi sejarah
mana-mana kami pegi mmg mcm gila
cuma aku je normal :p
sejak aku merantau nie
jarang kami berhubung ..lg pun takde apa nak cakap
dan aku pun bz dengan kerja
leceh gak kalau tak tau nak borak apa
skali skala call tue ada gak la benda nak cakap.
tanya itu ini..berejam gak call
sampai panas tinger..

kawan untuk gelak ketawa mmg byk
tp tak ramai kawan yg btl2 time kita susah dia nak tolong.
kan kan kan
aku dah agak dah...
tapi dorg nie selama aku kawan dengan dorg
jarang la yang kata tidak
kecuali kalau betul-betul tak boleh
sampai masa adakah dorg nie akan jadi kenangan
kenangan yang melucukan
hmm tak tau la
masing² akan sibuk dengan kerjaya dan rumahtangga
masing masing...
tak tau la nak cakap
takdir yang menentukan...
adakah menjadi perjanjian acap dan tawil untuk kawenkan anak mereka?
atau adakah gab sendiri akan masuk line???
hmm...tak tau
apa-apa pun aku berterima kasih dgn korg
korg mmg best
kawan yg baik
kawan yang sempoi
kawan yang penyayang kat bini-bini @ bakal bini korg
aku akan abadikan kisah kt dalam dairi hati
supaya kekal seumur hidup
sepanjang perkenalan kt...

Labels:




♥ apa jadi kalau binatang boleh bercakap???

LUAHAN SEEKOR LEMBU

"oi,..oi..!! sedap-sedap je korang kata
Bodoh macam agus LEMBU yea!!
Iangat aku sekor je ke yang bodoh tak sekolah tadika ?
Tu banyak jer binatang lain tak pegi sekolah
apsal tak kata bodoh cam mol kambing
ke ayam ke ikan laga ke kumbang ke??? cakap ahh..!!"

SEEKOR KERA YANG TAK PUAS HATI
"nI apasal babitkan nama aku nie?
Apasal pulak MACAM KERA KENA BELACAN?
aku bukan makan sambal belacan pun.
tak glamer langsung la!!
letak la MACAM KERA KENA BURGER SPECIAL ..KE
sedap sket!!"

SEEKOR mol KAMBING PULAK
"aku tak mandi pun tetap ada harga beb!
Eleh...kata aku tak mandi..tu arnab, ayam, lembu tu
bukannya mandi pun, apsal pulak aku yang kena!"

BURUNG MURAI
"Elleeehhh... apa jadikan aku perbandingan plak!!!
MACAM MURAI TERCABUT EKOR...yea la dah ekor kena
cabut, sakit tue!!! Bising la aku..!!
tu manusia tu lagi sengal pegi beli nombor ekor.
Leh kaya sangat la tu yea.."

KOMENTAR HARUAN PLAK
"apa la derang nie, ikut suka aku la
nak makan anak aku...aku lapar derang kecoh-kecoh
HARUAN MAKAN ANAK ni apahal??... kutuk-kutuk aku pun
harga aku berapa dah sekilo. mahal kan? kan ?





♥ manusia
dahulu terasa hendak
tak ingin lupakan
bermesraan slalu jadi
suatu kenangan manis...

sedap betul bila lagu tue berkumandang
dicorong² speaker komputer aku..
terasa plak diri nie bodoh..

aku kekadang jeerak dgn orang yang hipokrit
lupa pada diri sendiri
mengutuk orang tetapi tak dapat terima
apa yang dia kutuk tue semua ada pada dia.

tak faham
why???
ntah la...aku rasa dia mungkin memikirkan
bahawa dirinya sahaja yang begitu sempurna
hingga membuatkan dirinya tidak mahu mengaku
bersalah kepada sesiapa
dan beranggapan bahawa dirinya begitu mulia..
padahal ntah apa-apa

dunia oh dunia
mANUsia abad nie makin kejam
kejam kerana sifat tamak
hingga lupa bahawa bumi nie semakin uzur
semakin tua...
lupa akan kenikmatan yang diberikan tuhan
itu hanyalah sementara dan bukan kekal selamanya..

terlalu jauh aku merantau
berbekalkan sedikit ilmu yang diberikan kepada guru
dengan iringan doa ayah dan bonda.
semakin banyak pengalaman ku untuk melihat dunia..

aku semakin tidak faham dengan sikap manusia
ada yang katanya mahu berubah
tetapi...bila diteliti dengan baik
tiada sebarang perubahan

bibir ini tidak henti-henti
mendoakan kebahagiaan dan kemuliaan
agar perjalanan hidup diberkati..
ku cuba untuk mengubahkan diri ini...
dengan kekuatan iman dan doa yang tidak pernah
putus...

aku inginkan kebahagian..
walaupun kekadang aku terleka dan terlena
dalam kegelapan ...
aku tidak tahu bagaimana
ramai yang inginkan kemuliaan pada diri
walaupun dia tahu dia tidak layak
disanjung...

aku mengharapkan perubahan
aku inginkan kebahagian dan bukan penderitaan
aku betul-betul tidak faham
kenapa sesetengah perkara difikirkan enteng
dan ambil mudah...

apa guna duduk disebuah rumah yang mewah
tetapi dalamnya penuh sampah
apa gunanya muka yang cantik
tetapi hati yang busuk...

perjalanan aku masih jauh
masih panjang...dan belum ada kesempatan pulang.
aku akur dengan kerjaya ku
aku akur dengan tugas ku...
biarlah....

hanya tuhan sahaja yang tahu
yang selalu mendengar rintihan hati ini
walaupun hati ku seringkali diguris
dengan bibir-bibir yang manis
aku tetap bersabar...
dan terus bersabar...
insyaAllah.



♥ BARA
Semalaman ku tak lena
Bayangmu menjelma
Rindu semakin menyala
Bagai bergelora
Di dalam dada

Kini baru ku sedari
Cinta bersemi
Berputik di ranting hati
Bahagia kan menanti dua sejoli
Dalam ikatan kasih yang terpatri

Bara yang panas membara
Sanggup ku genggami jua
Namun ku tempuhi dengan rela
Tak peduli
Gerhana di jiwa ini sudah diubati
Bersemadi
Kini kau ku miliki
Ku tak akan sunyi
Kerna kau di sisi

Kau bidadari
Kaulah penyeri
Terukir sebuah janji
Yang tulus dan suci

Bara yang menyala
Ku genggami jua
Biar sepanas mana bahangnya
Tak terasa
Ku pelihara cinta yang setia
Hingga ke akhir bersama
Bahang cinta yang menyala

Semalaman ku tak lena
Bayangmu menjelma
Rindu semakin dalam
Bagai gelora
Di dalam dada



♥ DOA KU
YA ALLAH
YA TUHAN KAMI, KAMI BERSYUKUR
DENGAN LIMPAHMU DAPAT KAMI BERHIMPUN
PADA PAGI INI DENGAN RAHMAT DAN KEREDHAANMU



YA ALLAH
KURNIAKANLAH HIDAYAH
KEBIJAKSANAAN
KEKUATAN IMAN
KEBERANIAN DAN PERLINDUNGAN
KEPADA KAMI UNTUK MELAKSANAKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KAMI



YA ALLAH
BERIKANLAH KAMI KEKUATAN DAN
KECERDASAN MINDA KAMI
AGAR DAPAT KAMI MENUNAIKAN
TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH
SERTA PATUH PADA SURUHANMU
MENGIKUT TUNTUTAN DAN KEREDHAANMU
UNTUK KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN



TERHADAP AGAMA
BANGSA DAN NEGARA
DAN JADIKAN KAMI SERTA KELUARGA KAMI
TERMASUK DALAM GOLONGAN HAMBAMU
YANG TERPILIH DAN ENGKAU REDHAI



AMIN YA RABBAL ALAMIN…………………………..